BEKAS pemain pertahanan nasional Baihakki Khaizan telah memohon maaf selepas beliau dilihat tersenyum dan ketawa, menyusuli kekalahan 1-4 Singapura kepada Malaysia dalam Piala AFF pada Selasa lalu.
Semasa siaran langsung, kamera video telah diarah ke bahagian VIP di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur, di mana Baihakki duduk bersama peminat Malaysia.





