SEORANG pemandu kereta yang didaftarkan di Singapura terselamat daripada kecederaan parah selepas kenderaannya dirempuh sebuah lori yang bergerak melawan arus jalan di Lebuh Raya Linkedua.
Ketua polis dari daerah Iskandar Puteri di Johor, Peolong Pesuruhjaya (AC) Rahmat Ariffin, berkata semalam bahawa pemandu kereta itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.





