PEMERINTAH akan mempertingkat lagi skim Baucar GST (GSTV) tetap dan Pakej Jaminan sebagai sebahagian usaha membantu warga Singapura mengharungi tempoh yang sukar sekarang, dengan inflasi yang kekal tinggi.
Di bawah skim GSTV yang bertujuan membantu mengurangkan perbelanjaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi warga Singapura berpendapatan rendah hingga pertengahan, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata jumlah...





