SEJAUH ini, tiada kes yang dilaporkan berkaitan pekerja sektor pembersihan, keselamatan dan landskap yang diturunkan pangkat atau dipotong gaji kerana gagal memenuhi syarat latihan di bawah Model Gaji Progresif (PWM), menurut Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad. Gaji di bawah skim PWM itu ditetapkan berdasarkan tugas yang dilakukan dan bukan sama ada mereka memenuhi syarat latihan...





