ANGGOTA Parlimen (AP), Cik Tin Pei Ling (SMC MacPherson), menyatakan peranan beliau sebagai ahli politik adalah berbeza daripada peranan barunya sebagai pengarah hal ehwal awam dan dasar di Grab Singapore.
Menerusi laman LinkedIn beliau kelmarin, yang ditukil The Straits Times, Cik Tin mencatatkan beliau berikan ketelusan, tidak kira apa pun peranannya.






