JAKARTA: Seorang peniaga tempatan didapati menjual bahan kimia gred industri sebagai gred farmaseutikal, hingga membawa kepada penggunaannya dalam sirap ubat yang disyaki pihak berkuasa mungkin menyebabkan kematian lebih 200 kanak-kanak di seluruh negara, menurut Polis Indonesia, kelmarin.
Menurutnya, dua bahan, etilena glikol (EG) dan diethyelene glikol (DEG), yang terdapat dalam beberapa ubat parasetamol berasaskan sirap dikaitkan dengan kecederaan buah pinggang...






