PENGGUNA aplikasi DBS PayLah mengalami kelewatan apabila hendak menerima pulangan wang atau 'cashback' pada Jumaat apabila mereka membuat pembayaran bagi tempahan makanan menerusi aplikasi itu dengan matlamat mendapatkan subsidi berjumlah $3 yang ditawar oleh bank tersebut.
Penundaan itu disebabkan bilangan tinggi pengguna yang melanggan masuk aplikasi tersebut, kata DBS Bank dalam satu kenyataan pada Jumaat.





