SATU perjanjian antarabangsa baru yang antara lain memberikan negara-negara hak saksama bagi melakukan kegiatan di lautan luas membuka lebih banyak peluang bagi institut pengajian tinggi dan syarikat maritim setempat melaksanakan penyelidikan.
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pada Isnin berkata perjanjian mercu tanda itu relevan dan memberi manfaat kepada Singapura, kerana ia mengatur amalan saintifik terbaik dengan cara yang merentas...





