PESAKIT yang mendera pekerja penjagaan kesihatan mungkin akan diminta pulang daripada hospital jika mereka tidak memerlukan rawatan segera.
Manakala penjaga dan pelawat yang mendera dan mengganggu kakitangan perubatan juga mungkin dilarang memasuki premis itu dalam kunjungan berikutnya kerana institusi penjagaan kesihatan di Singapura tidak akan bertolak-ansur dengan mereka yang mendera atau mengganggu kakitangannya.





