MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, melahirkan rasa berbesar hati menyambut kunjungan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah ke Singapura.
Encik Masagos, yang bertemu Dr Al-Rabiah di Hab Islam Singapura, turut melahirkan penghargaan kepada Dr Al-Rabiah dan kerajaan Arab Saudi atas sokongan berterusan kepada jemaah Singapura.






