YANGON: Enam maut dan 109 lagi cedera apabila puting beliung kuat membadai tengah Myanmar, pada Jumaat (21 Apr), lapor agensi berita Xinhua yang memetik pihak berkuasa tempatan.
Insiden berlaku di perkampungan di pekan Lewe, Wilayah Kesatuan Nay Pyi Taw, 6.45 petang waktu tempatan, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Myanmar.






