RAMADAN tahun ini amat bermakna sedang ia memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk memperbaharui dan mengeratkan hubungan sesama sendiri dan bersama masyarakat lain, kata Presiden Halimah Yacob, sedang umat Islam di Singapura berada di ambang Syawal.
Dalam amanat Hari Rayanya, Presiden Halimah berkata wadah seperti acara berbuka puasa menawarkan peluang kepada rakyat Singapura untuk mengukuhkan hubungan antara satu sama lain...





