DENGAN keadaan global yang semakin hari semakin gawat, warga Singapura mesti kekal bersatu.
Malah, bersatu sahaja tidak mencukupi, sebaliknya warga Singapura mesti mempunyai semangat berdikari dan berusaha mencipta kemakmuran bagi negara dan mencapai yang terbaik, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapannya semasa perbahasan Ucapan Presiden pada Rabu.





