SEBUAH mesej yang tular di WhatsApp bahawa subvarian Omicron XBB.1.16 Covid-19 "lima kali lebih toksik daripada varian Delta", "sukar dikesan", dan "mempunyai kadar kematian lebih tinggi" adalah tidak benar kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Dalam satu kenyataan kepada Berita Harian pada Selasa, MOH berkata mesej dalam bahasa Melayu itu adalah palsu dan kementerian itu menasihatkan orang ramai merujuk kepada sumber berwibawa.





