SERANGAN membabitkan Kamal Adli di Singapura Mac lalu meninggalkan perasaan takut dan trauma buat pelakon tersebut dan isterinya, Uqasha Senrose.
Uqasha yang ditemui pemberita Malaysia pada majlis pelancaran filem Sumpahan Jerunai baru-baru ini, berbagi perasaan selepas insiden berdarah yang berlaku di sebuah karnival jualan di Kota Singa itu.





