PEMAIN golf Singapura Mardan Mamat dipetik sebagai contoh bagaimana pihak berkepentingan boleh membantu menyediakan kanak-kanak pengalaman sukan yang dianggap luar daripada kemampuan mereka.
Kisah kejayaan Encik Mardan, yang datang daripada latar belakang susah sebelum menjadi pemain golf nombor satu Singapura, dikongsi Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok) dalam perbahasannya mengenai ucapan Presiden Halimah Yacob pada pembukaan Parlimen pada Isnin.





