MADRID: Pengurus sementara Chelsea, Frank Lampard, berkata pasukannya mampu mengatasi defisit 0-2 pada peringkat kedua suku akhir Liga Juara-Juara ketika menentang Real Madrid Rabu depan dan menegaskan bahawa sesuatu yang istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge.
Dalam perlawanan peringkat pertama suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis, gol-gol jaringan Karim Benzema dan pemain gantian Marco Asensio membolehkan juara bertahan Real...






