MEMPERLUAS peluang sepanjang hayat bagi semua, mengukuhkan jaringan keselamatan sosial, membina bandar bijak dan memperdalam semangat jati diri warga Singapura - inilah nilai-nilai yang akan membentuk agenda pemerintah apabila Parlimen ke-14 dibuka semula. Menggariskan beberapa keutamaan pemerintah bagi baki tempoh pemerintahan ini, Presiden Halimah Yacob, dalam ucapannya pada malam 10 April, berkata lebih banyak peluang sepanjang hayat mesti diberikan kepada...





