SELEPAS menjalin hubungan diplomatik dengan Iran - seterunya di Teluk - Arab Saudi kini merancang menjalin semula hubungan dengan Syria - langkah yang boleh membantu menamatkan pengasingan pemerintah Encik Bashar al-Assad dalam kalangan negara Arab.
Saudi merancang mahu mengundang presiden Syria itu ke sidang puncak Liga Arab dengan Riyadh sebagai tuan rumah pada Mei, menurut beberapa sumber yang tahu akan...





