Topic followed successfully
Go to BHkuSaudi, Syria ambil langkah pulih hubungan
Premium
Saudi, Syria ambil langkah pulih hubungan
Namun, beberapa negara termasuk AS, Qatar bantah pemulihan hubungan ekoran kekejaman rejim Assad
Apr 8, 2023 | 5:30 AM
Saudi, Syria ambil langkah pulih hubungan
SELEPAS menjalin hubungan diplomatik dengan Iran - seterunya di Teluk - Arab Saudi kini merancang menjalin semula hubungan dengan Syria - langkah yang boleh membantu menamatkan pengasingan pemerintah Encik Bashar al-Assad dalam kalangan negara Arab.
Saudi merancang mahu mengundang presiden Syria itu ke sidang puncak Liga Arab dengan Riyadh sebagai tuan rumah pada Mei, menurut beberapa sumber yang tahu akan rancangan itu.

