HANYA laungan 'Bossku' oleh penyokong Encik Najib Tun Razak mengiringi mantan perdana menteri itu sebelum diiringi keluar menggunakan kenderaan Jabatan Penjara Malaysia, selepas gagal dalam permohonan mendapat kebenaran menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengenakan hukuman di penjara Kajang selama 12 tahun.
Puluhan penyokong Encik Najib yang berkumpul di luar Istana Kehakiman sejak jam 7 pagi Jumaat menyambut keputusan Mahkamah Persekutuan...






