Berita Harian (BH) memperkukuh kerjasamanya dengan Maybank setelah institusi kewangan itu dilantik sebagai penaja utama Anugerah Jauhari BH 2026.
Dengan kerjasama itu, satu kategori anugerah baharu diperkenal iaitu Anugerah Perkasa BH–Maybank, yang memberi pengiktirafan kepada individu yang berjaya mengatasi cabaran sosioekonomi untuk mencapai kejayaan.





