SEPANG: AirBorneo Airways (AirBorneo), syarikat penerbangan milik Kerajaan Sarawak akan memulakan penerbangan sulung bagi laluan Kuching-Singapura pada 22 Julai, bersempena sambutan Hari Sarawak.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata dalam tempoh enam bulan pertama operasinya, AirBorneo akan memberi tumpuan kepada penyediaan tambang mampu milik menerusi tambang tetap RM399 ($125.65) bagi laluan Kuching-Singapura, dan RM375 bagi laluan Kuching-Kuala...





