BEIRUT: Tentera Israel dilaporkan mula membina satu rangkaian baharu pos tentera tetap di selatan Lebanon bagi mengukuhkan kedudukan tenteranya di kawasan itu, walaupun rundingan damai yang diusahakan Amerika Syarikat sedang berlangsung untuk mengatur pengunduran tentera Israel secara berperingkat.
Menurut laporan akhbar Israel, Maariv, yang memetik sumber keselamatan, pembinaan pos tentera baharu itu bertujuan memperkukuh kawalan Israel di selatan Lebanon, namun...





