BAITULMAKDIS: Penduduk Israel kini menguasai hampir satu perlima daripada kawasan Tebing Barat yang diduduki, menurut satu laporan baharu yang mendakwa pemerintah Israel mempercepat proses penguasaan secara de facto ke atas wilayah Palestin melalui peluasan petempatan dan merampas tanah secara sistematik.
Laporan bertajuk Annus Mirabilis yang diterbitkan oleh badan pemantau Israel, Peace Now, bersama organisasi Kerem Navot, menyatakan proses itu berlaku...





