Majoriti daripada lebih 700 responden dalam satu tinjauan yang dilakukan Persatuan Pengguna Singapura (Case) menyatakan mereka menonton perlawanan Piala Dunia 2026 secara percuma, dengan hanya 5 peratus memilih untuk melanggan siaran berbayar.
Dapatan tinjauan yang diumumkan Presiden Case, Encik Melvin Yong, menerusi satu hantaran Facebook pada 8 Julai, menunjukkan 45 peratus responden menonton perlawanan menerusi siaran percuma seperti yang disediakan...





