DUBLIN: Parlimen Ireland meluluskan rang undang-undang yang melarang import barangan dari petempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, sekali gus menjadikan negara itu antara yang paling tegas di Eropah dalam mengambil tindakan terhadap dasar pendudukan Israel.
Rang Undang-Undang Larangan Import Barangan Petempatan Israel itu melarang kemasukan barangan yang dihasilkan di petempatan Israel di Tebing Barat, Baitulmakdis Timur dan kawasan lain...





