JAKARTA: Polis Indonesia melancarkan siasatan terhadap dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan kontrak bekalan arang batu untuk beberapa loji jana kuasa elektrik milik negara.
Ia dipercayai menjadi antara punca gangguan bekalan elektrik besar-besaran di Sumatera dan beberapa wilayah lain sejak kebelakangan ini.





