INGLEWOOD (Amerika Syarikat): Stephen Eustaquio melepaskan satu rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit ke-92 untuk menghadiahkan Canada kemenangan 1-0 ke atas Afrika Selatan pada 28 Jun (29 Jun waktu Singapura).
Kemenangan ini sekali gus membawa pasukan penganjur bersama Piala Dunia 2026 itu ke pusingan 16 terakhir kejohanan itu buat julung-julung kali.





