KUALA LUMPUR: Platform media sosial berlesen yang gagal mematuhi kewajipan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866), boleh dikenakan penalti kewangan sehingga RM10 juta ($3.12 juta).
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Akta 866 memperuntukkan beberapa mekanisme penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan keselamatan dalam talian, termasuk perlindungan kanak-kanak di platform media sosial.





