BANDAR GAZA: Dalam kegelapan sebuah pasar di tengah Jaluran Gaza yang sering berdepan gangguan bekalan elektrik, sebuah skrin televisyen yang menayangkan perlawanan Piala Dunia menjadi tumpuan puluhan penduduk yang mahu melupakan seketika penderitaan hidup akibat perang.
Puluhan lelaki dan kanak-kanak berdiri terpaku menyaksikan perlawanan antara Belgium dengan Mesir, perlawanan yang amat dinantikan peminat bola sepak Palestin kerana mahu melihat aksi...





