Kerajaan Persekutuan digesa mengembalikan hasil yang lebih munasabah kepada Johor bagi memastikan pembangunan negeri itu serta kesejahteraan hampir lima juta rakyatnya dapat diperkukuhkan.
Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Encik Mohd Hairi Mad Shah, berkata beliau menyokong penuh ucapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang menyeru supaya hasil negeri dikembalikan secara lebih adil kepada...





