JAKARTA: Kementerian Haji dan Umrah Indonesia mendedahkan dakwaan penipuan melibatkan pembayaran dam dan perkhidmatan badal haji yang dianggar bernilai 1.4 bilion rupiah ($120,000), membabitkan beberapa Kelompok Bimbingan Ibadah Haji dan Umrah (KBIHU) serta warga Indonesia berstatus penduduk tetap atau mukim di Arab Saudi.
Wakil Menteri Haji dan Umrah Indonesia, Encik Dahnil Anzar Simanjuntak, berkata kes itu dibongkar hasil siasatan Pasukan...





