Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, bagi membincangkan jaminan bekalan tenaga negara di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik global yang semakin meruncing.
Datuk Anwar memaklumkan beliau akan berlepas ke Kazan, Russia, bagi menghadiri pertemuan tersebut yang turut melibatkan beberapa pemimpin negara anggota Asean lain.





