Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pemimpin Barisan Nasional (BN) Johor menyeru agar kempen dijalankan berteraskan fakta, sekali gus menolak budaya politik yang menyebarkan maklumat tidak tepat.
Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Encik Mohd Hairi Mad Shah, menegaskan bahawa pemimpin sewajarnya lebih cermat dalam berbicara agar tidak mengundang kekeliruan atau salah tanggap dalam kalangan...





