GAZA: Ketika dunia meraikan pembukaan Piala Dunia 2026 di Amerika Utara, sekumpulan pemain bola sepak orang kurang upaya di Gaza terus berjuang meneruskan kehidupan di tengah-tengah kemusnahan perang yang memusnahkan hampir seluruh wilayah Palestin itu.
Di runtuhan Stadium Palestin di Bandar Gaza, Encik Ali Tafesh berlari mengejar bola dengan bantuan tongkat sambil melakukan hantaran bersama rakan sepasukannya dalam kelab bola...





