WASHINGTON/TEHERAN: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata pada 11 Jun bahawa Amerika dan Iran mungkin menandatangani perjanjian damai seawal hujung minggu ini yang boleh membawa kepada pembukaan semula Selat Hormuz kepada laluan perkapalan sejagat.
Bagaimanapun, Iran menegaskan bahawa keputusan muktamad mengenai perjanjian itu masih belum dicapai walaupun sebahagian besar teks rundingan dilaporkan sudah dimuktamadkan.





