Barisan Nasional (BN) Johor menegaskan pendirian politik untuk tidak bekerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tidak seharusnya disalah tafsir sebagai tindakan meminggirkan masyarakat Cina atau berasaskan sentimen perkauman.
Setiausaha BN Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman, berkata terdapat pihak tertentu yang cuba mengaitkan pendirian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dengan penolakan terhadap...





