GENERAL SANTOS: Gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Filipina pada 8 Jun, mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang, mencederakan 134 yang lain selain menyebabkan bangunan runtuh dan mencetuskan amaran tsunami di beberapa negara rantau Asia Pasifik.
Pihak berkuasa Filipina menggesa penduduk di kawasan pesisir pantai supaya segera berpindah ke kawasan lebih tinggi selepas gempa luar pesisir itu melanda selatan General...





