Apa yang lebih penting bukanlah berapa banyak negara membelanjakan untuk pertahanan, tetapi bagaimana wang itu digunakan, kata Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, sambil menambah bahawa tiada kaitan secara langsung antara perbelanjaan pertahanan dengan keupayaan.
Bercakap kepada pemberita pada 31 Mei di majlis penutup Dialog Shangri-La ke-23, Encik Chan berkata apa yang penting ialah bagaimana idea inovatif dan berapa banyak...





