Langkah terbaru Amerika Syarikat dan China untuk meredakan ketegangan amat penting bagi Asia Tenggara kerana hubungan antara dua kuasa besar itu mempunyai kesan langsung dan segera terhadap rantau ini, kata Setiausaha Agung Asean, Dr Kao Kim Hourn.
Berucap dalam sesi Dialog Shangri-La yang bertajuk ‘Keutamaan dalam landskap strategik Asia yang berubah’, Dr Kao berkata komitmen kedua-dua negara terhadap kestabilan strategik...





