BANGKOK: Mahkamah Thailand pada 28 Mei menggugurkan kes penghinaan diraja terhadap bekas pemimpin pembangkang terkenal, Encik Thanathorn Juangroongruangkit, berhubung kenyataan yang dibuatnya ketika pandemik Covid-19, dalam satu keputusan yang jarang memihak kepada pengkritik utama kerajaan.
Encik Thanathorn, bekas pemimpin parti Future Forward yang kini sudah dibubarkan, sebelum ini didakwa di bawah undang-undang lese majeste Thailand selepas mengkritik pengurusan vaksin Covid-19...





