SEMPORNA (Sabah): Kerajaan Sabah memandang serius insiden pengeboman ikan di kawasan Tapak Restorasi Terumbu Karang di Pulau Selakan, Taman Marin Tun Sakaran (TMTS), yang mengakibatkan kemusnahan ekosistem marin dan kerugian besar kepada usaha pemuliharaan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata beliau melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap kejadian berkenaan yang disifatkan sebagai ancaman serius kepada...





