ABU DHABI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) didakwa melancarkan serangan ketenteraan terhadap Iran secara rahsia, sekali gus menjadikannya satu-satunya negara Arab yang dilaporkan menyertai Amerika Syarikat dan Israel dalam konflik menentang republik Islam itu.
Menurut laporan Wall Street Journal yang diterbitkan pada 11 Mei, UAE didakwa melaksanakan beberapa serangan terhadap sasaran Iran termasuk sebuah loji penapisan minyak di Pulau Lavan di...





