Novel terbaharu penggiat sastera, Anuar Othman, berjudul Fatihah mempunyai watak kanak-kanak perempuan bernama Fatihah dengan jalan cerita bertaut pada makna dan pengajaran ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah.
Anuar, 69 tahun, menyifatkan buku dengan hampir 100 muka surat itu sebagai novel tadabbur yang mengajak pembaca merenung, menghayati dan memikirkan secara mendalam makna ayat-ayat Al-Quran untuk memahami maksud yang ingin disampaikan Allah swt...





