Semasa menjalani hukuman penjara, Encik Mohammed Nabil Saeed, menemui makna baharu dalam hidupnya yang hadir tanpa diduga, bukan daripada pengalaman hukuman itu sendiri, tetapi melalui usahanya membantu orang lain.
Dipenjarakan tiga kali dalam tempoh tujuh tahun sejak berusia 18 tahun atas kesalahan berkaitan dadah, Encik Nabil, kini 33 tahun, menyedari ramai banduan sebenarnya bergelut untuk memahami dan menjelaskan kes mereka...





