Pelakon Malaysia berbangsa India, Irfan Zaini, mencuri perhatian apabila menyuarakan hasrat untuk keluar daripada zon selesa dengan membawakan watak lebih berani dan rumit termasuk watak lelaki lembut, individu autisme serta psikopat.
Irfan, atau nama sebenarnya, Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 31 tahun, turut berkata keinginannya didorong hasrat ingin mengembangkan potensi sebagai pelakon, di samping mencabar keupayaan diri dalam membentuk watak yang...





