MADRID: Atlet tenis menguasai hamparan permaidani merah di Madrid, Sepanyol, pada 20 April apabila Aryna Sabalenka dan Carlos Alcaraz dinobatkan sebagai Atlet Wanita dan Atlet Lelaki Terbaik di Anugerah Laureus.
Pasangan itu diberi penghormatan selepas kempen 2025 yang menyaksikan mereka masing-masing menduduki tempat teratas dalam ranking tenis wanita dan lelaki.





