KUALA LUMPUR: Sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol menyamun sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur, pada 16 April, menyebabkan kerugian mencecah RM9.7 juta ($3.12 juta).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata dalam kejadian 11 pagi itu, empat lelaki telah memasuki premis berkenaan sebelum bertindak mengacukan dua pucuk pistol.





