KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 1980-an, Datuk ND Lala, menegaskan kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak pernah berbelah bahagi, walaupun melalui episod perpisahan dalam rumah tangga.
Penyanyi berusia 65 tahun itu berkata hubungannya dengan keempat-empat anak tetap utuh dan tidak terjejas dengan apa yang berlaku dalam kehidupan peribadinya, lapor BH Online.





